Thursday, February 5, 2009

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KETIGA)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

  • Merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
  • Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
  • Kandungan topik-topik pengajaran
  • Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
  • Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
  • Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.

Bentuk-Bentuk Ujian
-Objektif
-Esei
-Amali
-Kertas Khusus (dll)

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

  • Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

  • Kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

  • Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik
    dan aras kemahiran.

  • Menentukan perseimbangan antara topik dan aras-aras kemahiran yang diuji.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

  • Langkah Pertama
    Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

  • Langkah Kedua
    Tentukan soalan yang hendak dibina
    - Objektif
    - Jumlah soalan bagi setiap topik.
  • Langkah Ketiga
    - Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

  • Langkah Keempat
    - Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).

  • Langkah Kelima
    - Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
    -menentukan aras kesukaran soalan
    - penetapan markah

  • Langkah Keenam
    - Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk.

No comments:

Post a Comment